Wednesday, April 10, 2013

Home » , , , , , , » Process Hacker Pengganti Windows Task Manager

Process Hacker Pengganti Windows Task Manager



Kali ini IVT ingin berkongsi dengan anda semua satu persian percuma dinamakan Process Hacker. Process Hacker ini berfungsi sama seperti Windows Task Manager iaitu menyediakan maklumat mengenai proses yang berjalan di dalam windows dan fungsi untuk memaksa proses yang tidak diingini atau "hang" ditutup.

Process Hacker juga mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada Windows Task Manager.
Contohnya Windows Task Manager tidak dapat menutup sesetengah proses windows tetapi Process Hacker dengan mudahnya dapat menutup proses tersebut. Akan tetapi, anda perlu mengintall Process Hacker sebagai "Run as administrator".

Windows Task Manager hanya menyediakan maklumat asas sahaja tetapi Process Hacker menyediakan lebih dari itu disamping mengekalkan interface yang bersih dan mudah difahami.

Process Hacker ini ditujukan pada mana-mana pengguna yang mempunyai asas pemahaman mengenai proses sistem, penggunaan sumber dan sebagainya. Oleh itu hampir semua pengguna windows mampu untuk menggunakannya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Process Hacker dan kelebihan-kelebihannya yang lain, sila klik link ini.

Di bawah ini merupakan screenshoot antara muka pengguna bagi Process Hacker.




 

Klik Process Hacker untuk memuat turun perisian percuma ini.


Comments
2 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

2 comments:

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.