Friday, March 29, 2013

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Apa itu Rar, Zip, 7z Dan Bagaimana Hendak Membukanya?

Apa itu Rar, Zip, 7z Dan Bagaimana Hendak Membukanya?



Rar, zip, dan 7z adalah merupakan format-format bagi compress/archieve files atau dalam bahasa Malaysianya fail yang dimampatkan. Cara membukanya atau istilah yang lebih tepat 'extract' fail tersebut adalah dengan memuat turun perisian-perisisan seperti winrar, winzip, 7zip dan pelbagai lagi. Saya mencadangkan anda menggunakan perisian 7zip di mana penggunaannya amat mudah dan ianya percuma. Anda hanya perlu install dan kemudian klik kanan pada mana-mana fail yang berformat rar, zip atau 7z dan pilih 7-Zip' dan klik 'Extract files' atau pun 'Extract Here'.


Untuk memanpatkan atau menukarkan fail kepada format compress juga amat mudah. Klik kanan pada fail yang anda ingin mampatkan.

Di sini 7-Zip memberikan beberapa pilihan kepada anda seperti 'Archieve Format', 'Compression level', 'Number of CPU threads dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mensetkan kata laluan pada fail ini di mana apabila anda hendak mengekstrak fail ini nanti, anda dikehendaki untuk memasukkan kata laluan.


Kemudian klik OK. Apabila sudah selesai, satu fail baru akan muncul berdekatan dengan fail asal tetapi dalam format 7z(dalam kes ini, saya menggunakan format 7z. Anda juga boleh menggunakan format lain seperti zip dan sebagainya).

Untuk maklumat anda juga fail -fail yang telah anda tukarkan kepada format rar, zip atau 7z, mempunyai sedikit peratusan terlindung dari jangkitan virus. Ini kerana virus-virus tidak dapat menceroboh masuk ke dalam format tersebut. Begitu juga dengan sebaliknya. Fail-fail dalam format ini juga sering dijadikan tempat penyebaran virus di mana ada sesetengah fail-fail ini mengandungi virus. Virus ini tidak akan dapat berbuat apa-apa apabila selagi berada dalam format compress tetapi apabila anda mengekstrak fail tersebut, maka virus pun akan aktif(executed) dan merebak. Oleh itu, saya tidak mengalakkan memanpatkan fail semata-mata untuk melindung fail dari jangkitan virus tanpa perlindungan dari antivirus.

Klik logo ini untuk memuat turun perisian 7-Zip:

7-Zip
 

Comments
6 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

6 comments:

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.