Friday, March 29, 2013

Home » , , , , , , , , , » Jadikan Komputer Anda Sebagai Router Internet Tanpa Menggunakan Sebarang Software

Jadikan Komputer Anda Sebagai Router Internet Tanpa Menggunakan Sebarang Software



Seperti yang dinyatakan pada tajuk di atas, anda boleh menjadikan komputer anda sebagai router internet dan seterusnya berkongsi talian internet dengan komputer lain, android atau pun mana-mana peranti yang berkemampuan mengesan dan menyambung internet tanpa wayar(wireless internet) tanpa menggunakan sebarang software.

Keperluan:

a) Komputer yang mempunyai wireless adapter(untuk menghantar wireless signal).
b) Komputer yang mempunyai talian internet(sumber talian internet: wireless internet, kabel atau broadband).
c) Command Prompt(CMD).

Sekarang saya akan memberitahu anda langkah demi langkah bagaimana untuk berkongsi internet komputer anda.

1) Klik pada butang windows atau start button. Atau pun anda boleh tekan butang keyboard berlambang windows. Taip cmd di kotak kosong dan aplikasi cmd.exe akan tertera. Klik kanan pada cmd.exe dan pilih 'Run as administrator'.


2) Sekarang kita akan setkan satu satu titik akses dengan nama 'funkywifi' dengan kata laluannya 'password123'. Untuk itu, anda perlu menaip arahan berikut:
netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=funkywifi key=password123 keyusage=persistent
Nota: Anda boleh menukar nama 'funkywifi' ke nama yang lain dan kata laluan juga boleh ditukar.

3) Setelah arahan dilaksanakan, anda boleh menyemak konfigurasi rangkaian host(hosted network) yang baru diwujudkan dengan menaip arahan berikut pada tetingkap command prompt yang sama:
netsh wlan show hostednetwork
 4) Setelah anda mengkonfigurasikan hosted network dengan nama 'funkywifi', anda boleh mengaktifkannya dengan menaip arahan berikut pada tertingkat command prompt yang sama:
netsh wlan start hostednetwork
Anda juga boleh menyemak dengan mengklik pada logo connection wireless di bawah dan di sebelah kanan skrin anda ataupun ada boleh membuka tertingkap 'Network and sharing center'.


5) Untuk menghentikan sambungan tersebut, taip arahan berikut pada command prompt:
netsh wlan stop hostednetwork

 Untuk pengetahuan anda, langkah 1,2,4 memerlukan 'administrative privileges' iaitu dengan memulakannya sebagai 'Run as administrator'.

Sekiranya anda rasa menaip semua arahan di atas setiap kali anda ingin memulakan network melecehkan, anda boleh melangkau langkah 2,3,4 dan 5. Anda boleh menyimpan 3 arahan seperti yang dibincangkan pada langkah 2,4 dan 5 dalam bentuk 'batch files' yang berbeza yang mana boleh melakukan perkara yang sama sekiranya anda memulakannya sebagai 'Run as administrator'.

Untuk melakukannya, anda perlu menaip arahan langkah 2:
netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=funkywifi key=password123 keyusage=persistent
 ke dalam notepad dan save as"sethostednetwork.BAT". Sama juga dengan arahan langkah 4 dan 5 taip arahan:
netsh wlan start hostednetwork
dan save as "start.BAT".
netsh wlan stop hostednetwork
dan save as "stop.BAT".

Sekarang untuk membuat atau mengkonfigurasi sambungan baru anda boleh klik kanan pada "sethostednetwork.BAT" file icon dan klik pada 'Run as administrator'.

Untuk memulakan sambungan klik kanan pada "start.BAT" file icon dan klik pada 'Run as administrator'.Untuk menghentikan sambungan klik kanan pada "stop.BAT" file icon dan klik pada 'Run as administrator'.  
Jika anda ingin menukar nama pengguna dan kata laluan hanya klik kanan pada file icon "sethostednetwork.BAT" dan klik pada pilihan edit. Selepas menggantikan nama pengguna atau kata laluan yang sedia ada tekan save(ctrl+s).

6) Sekarang kita akan pergi ke langkah yang paling penting sekali. Sekiranya anda tidak melakukannya, anda tidak akan dapat berkongsi internet connection dengan peranti lain. Untuk melakukannya, pergi 'Network and sharing center' kemudian kilk pada 'Change adapter settings'.
 Kenal pasti internet connection anda(untuk saya adalah 'Local Area Connection'), klik kanan dan pergi ke 'Properties' kemudian klik pada tab 'Sharing'. Tandakan betul atau check pada 'Allow other network users to connect through this computer's internet connection'(untuk saya 'Home Networking Connection' ialah 'Wireless Network Connection 2'). Tekan klik pada ok dan anda pun sudah selesai melakukannya.


7) Ops! Belum lagi :p. Ada langkah terakhir iaitu dengan menggunakan peranti lain seperti komputer, laptop atau android, cuba anda detect dan sambungkan wireless network yang anda telah buat tadi. Sekiranya peranti anda dapat membuat sambungan internet, tahniah! anda telah berjaya melakukannya. Sekiranya tidak, cuba lagi sampai lah anda berjaya.

Sumber : Bloggersoham


Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.