Thursday, March 28, 2013

Home » , , , , , , , , , » Menonton Video atau Filem di Komputer Anda Dengan Kualiti Yang Tinggi (Bahagian 1)

Menonton Video atau Filem di Komputer Anda Dengan Kualiti Yang Tinggi (Bahagian 1)



Merujuk tajuk di atas, anda mungkin tertanya-tanya adakah video atau filem yang berkualiti rendah atau dari sumber yang tidak elok boleh diperbetulkan dan menjadi kualiti yang tinggi. Jawapannya adalah mungkin betul atau mungkin tidak. Saya tidak maksudkan dengan video converter tetapi ialah video yang anda tonton di komputer anda, boleh ditonton dengan kualiti yang ditingkatkan walaupun hanya sedikit. Sekiranya anda pengemar perisian atau istilah lainnya software, anda mungkin telah banyak memuat turun perisian pemain video(video player) yang bermacam jenis. Contohnya media player classic, vlc player, kmp player, pot player, gom player dan bermacam-macam lagi. Anda juga mungkin telah melakukan ujikaji untuk menentukan video player manakah yang sesuai dengan kehendak anda dan boleh memainkan apa jua format video.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, hampir kebanyakan orang tidak ambil kisah mengenai video player komputer mereka. Asalkan video dapat ditonton dan dimainkan, ianya sudah mencukupi. Tetapi bagi sesetengah orang yang agak peka, mereka tentunya akan perasan sesuatu apabila mereka menonton video. Contohnya video tearing. Lihat gambar di bawah.
Video Tearing
Selain itu terdapat masalah-masalah seperti gambar agak kabur, warna kelihatan salah, imej pecah dan lain-lain lagi. Cuba lihat gambar di bawah.

Adakah anda perasan imej pecah dan berkotak-kotak pada mata?

Dan cuba bandingkan dengan gambar di bawah.
Imej dan warna yang betul.

Dua perbezaan gambar di atas adalah disebabkan penggunaan codec yang salah. Ini adalah kerana sumber video tersebut adalah 10bit tetapi video player/codec anda hanya menyokong 8bit sahaja.

Cara-cara atasi masalah:

1) Video tearing - kebanyakan video player mempunyai option atau setting untuk mengaktifkan 'd3d fullscreen'. Contohnya media player classic/MPC-HC. Bagi yang menggunakan windows media player, option tersebut tidak ada.

2) Warna video tidak betul atau imej kelihatan pecah dan berkotak-kotak - muat turun codec paling baru yang menyokong 10bit output. Contohnya Combined Community Codec Pack 2013.

Sekiranya anda menghadapi masalah-masalah selain di atas, anda boleh meletakkan komen di bawah agar saya dapat mencari penyelesaiannya.

Pada post yang akan datang, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana menonton video atau filem dengan kualiti yang ditingkatkan menggunakan video rendering madVR.

Kemaskini 2 April 2013: Tutorial Memainkan Video Dan Filem Dalam Kualiti Tinggi (HQ) Dengan Bantuan Graphic Card [madVR]


Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.