Sebelum kita pergi ke topik utama, kita relaxkan fikiran terlebih dahulu dengan sketsa troll dibawah.
Lolol. Sudah masuk cerita troll pula. Wakaka.. Berbalik kepada topik asal, post pada kali ini, saya hendak berkongsi dengan anda semua tip-tip membeli laptop baru. Tujuan tip-tip ini ialah agar anda berpuas hati dengan laptop baru anda dan supaya anda tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis oleh penjual. Untuk pengetahuan anda semua, tip-tip ini dibuat khas oleh saya berdasarkan pengalaman dan research di internet.
Pemberitahuan:
- Tip-tip ini lebih ke arah spesifikasi gaming.
- Produk apple seperti MacBook Pro tidak termasuk dalam tip-tip ini.
1. Kad Grafik/Graphic Card
- Yang ini memang satu keutamaan dan kewajiban. Bagi saya kad grafik merupakan satu perkara yang paling penting sekali bagi sesebuah laptop lagi-lagi otai gamers. Kepada kasual-kasual gamers, intel kini sudah mengeluarkan grafik kad yang membolehkan anda bermain game dengan detail yang tinggi. Walaupun begitu, game-game terbaru seperti Tomb Raider, Assassin's Creed III dan lain-lain lagi, anda mungkin tidak dapat memainkannya langsung. Jadi saya sarankan anda beli grafik kad jenama nvdia atau amd.
- AMD Radeon atau nvdia Geforce(Lol. Intel GMA jangan sentuh). Mana pilihan anda. Berdasarkan research saya di internet, nvdia Geforce menjadi pilihan orang ramai dan saya juga bersetuju dengan pendapat itu. Kalau nak terangkan memang panjang. Jadi silakan lah men'google' lol.
- Jangan beli laptop yang ada dua grafik kad. Sebab apa, sebab ada masalah "micro stuttering". AMD = Crossfire/Dual graphic card dan nvdia = SLI. Sebenarnya dua kad grafik ini bertujuan untuk boost gaming. Kalau anda main game DirectX 11, ada peningkatan dari segi prestasi. Cuma sampai sekarang tidak ada penyelesaian terhadap masalah mico stuttering.
- Senarai-senarai/ranking grafik kad mengikut benchmark. Untuk laptop sahaja. Mobile Graphics Cards. Klik pada mana-mana model untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi.
2. Processor/CPU
- Perkara kedua terpenting selepas kad grafik, mungkin juga yang pertama. Kalau kad grafik tinggi tapi processor lemah, memang tidak sesuai untuk bermain game. Contohnya PES. LOL.
- Intel atau AMD. Saya syorkan intel. Sebab apa, sebab yang paling ringkas ialah intel lagi "experienced" dalam bidang processor berbanding AMD. Sebab lain cari dekat Encik Google.
- Saya syorkan anda cari processor 2Ghz ke atas dan dual core atau pun intel i5 ke atas. i5 ini banyak jenis. Ada i5 yang 1.5Ghz, ada yang 2.4 GHz dan ada yang boleh boost atau overclock. Begitu juga dengan processor-processor yang lain. Untuk amd, saya syorkan model amd apu A6(A8, atau A10) dan ke atas. Tetapi intel tetap pilihan saya yang utama.
- Kalau ikut benchmark, banyak processor intel menduduki carta paling atas. Untuk laptop sahaja. Mobile Processor. Klik pada mana-mana model untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi.
3. Memory RAM
- Kalau memory RAM tinggi, banyak aplikasi boleh digunakan dalam satu masa. Standard untuk otai-otai gamers mungkin dalam 6gb ke 8gb ram. Tapi yang paling penting sekali jenis memory RAM. DDR2<DDR3<DDR5. Tolak ketepi DDR2. Cari memory RAM DDR3 atau DDR5. Laju bila transfer file. Main game pun lancar. Semestinya DDR5 lagi bagus dan prestasi tinggi.
4. Jenama/Brands
- Setakat ini dah pernah cuba pakai beberapa laptop. Berdasarkan pengalaman saya, Accer>Dell>HP>ASUS. LOL, jangan marah saya. Ini cuma pendapat saya. Semua brands ada kelebihan masing-masing. Jadi terpulang pada anda untuk menentukannya.
5. Design Laptop
- Design juga memainkan peranan yang penting bagi sesebuah laptop. Contohnya seperti pengaliran udara yang baik. Jadi laptop anda tidak akan cepat panas dan sentiasa berasa sejuk. Lagi perkara yang perlu diambil ialah seperti keselesaan keyboard, jenis dan saiz skrin, berat laptop dan macam-macam lagi.
6. Jaminan/Warranty
- Pastikan laptop dibeli oleh anda mempunyai warranty. Saya tidak beberapa pakar dalam hal warranty ini tetapi ianya bergantung pada jenama juga. Setahu saya, sekiranya laptop kita mengalami kerosakan secara tiba-tiba, kita boleh terus menukarnya dengan yang baru. Tetapi sekiranya laptop kita mengalami kerosakan disebabkan diri sendiri seperti overclock, membuat modifikasi pada laptop dan lain-lain lagi, anda mungkin perlu membayar sedikit harga bersama warranty untuk membaiki laptop anda.
7. Harga
- Jangan lupa untuk membuat perbandingan. Jangan main terus beli sahaja. Kalau banyak duit tidak apa (LOL. Alang-alang banyak duit terus beli Alienware tidak pun ASUS G-Series. Wakaka...). Buat perbandingan di setiap kedai dan internet. Biasanya penjual akan beri diskaun kepada anda ketika membeli laptop padahal itu memang harga sebenar atau sedikit tinggi. Kalau anda bernasib baik atau mempunyai rakan-rakan di sana, mungkin anda boleh mendapat harga yang lebih murah.
7.Lain-lain Perkara Yang Perlu Diambil Kira
- Port USB, HDMI, dvd driver, kapasiti hdd/strorage dan lain-lain lagi.
Persoalan
Kenapa laptop sahaja? Kenapa tidak diselitkan sekali dengan komputer desktop?
Jawapan:
- Laptop mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.
- Saya kurang pengalaman dalam bidang komputer desktop ini. Maklumlah dah lama melekat kat laptop.
- Zaman sekarang orang nak beli komputer desktop dah kurang. Kebanyakannya semua beli komponen-komponen komputer, lepas itu pasang dekat rumah. Bak kata orang putih , "Home made desktop". Lol. Banyak kelebihan "Home made desktop" berbanding membeli komputer desktop yang biasa. Selalunya orang yang buat "Home made desktop" ini, mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bab-bab komputer dan juga otai-otai gamers. Jadi tip-tip ini mungkin tidak berguna.
- Sekiranya anda ingin membeli komputer desktop yang biasa, anda mungkin boleh jadikan tips ini sebagai rujukan. Tapi selalunya orang yang beli desktop biasa ini bertujuan untuk digunakan membuat kerja-kerja office dan melayari internet.
Kepada anda semua, tip-tip ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya dan research di internet. Saya juga bukanlah pakar komputer. Saya hanya berkongsi dengan anda semua apa yang saya ketahui. Tip-tip ini mungkin terdapat info-info yang salah dan tidak disukai oleh anda. Sekiranya anda mempunyai tip-tip lain atau cadangan untuk dikongsi, silalah tinggalkan komen di bawah. Sebarang pertanyaan atau bantahan(lol) juga amat dialu-alukan.
p/s: Jangan lupa like dan follow blog ini. Iklan jangan diklik. Lol. Gurau sahaja. Wakaka...
Νew trends in search engine positionіng has
ReplyDeletegiѵen bіrth to νагіous internet ѕeгvices search еngine pοsitiοning.
Thosе іnvοlved wіth offering the seгviсe of уοur company and the role of
the seаrch engіnеs woгk anԁ do aсtivities accordіngly.
Alѕo νisit my blog; google rank
saya baru beli laptop hp pavilion g4 2006tx, ade dual grafik kad iaitu Intel HD Grafic 4000 dan AMD Radeon 7670m.
ReplyDeletemasalahnya game PES 2013 yg sy install gune grafik kad intel dan x gunekan AMD Radeon. sy nak PES 2013 gune AMD Radeon.
macam mane cara utk atasi masalah ni???
wah emang tips ini bermanfaat memang laptop mudah dan fleksibel
ReplyDeletePerkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
ReplyDeleteGunalah Viabox. Antara kelebihan Viabox adalah 100% keahlian percuma, tiada caj pemprosesan dan tiada caj tersembunyi. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com.