Saturday, September 28, 2013

Home » , , , , , , , , » Jom Main PPSSPP !!!

Jom Main PPSSPP !!!



PPSSPP adalah merupakan singkatan bagi 'PlayStation Portable Simulator Suitable for Playing Portably'. Bagi kepada sesiapa yang tidak tahu mengenai perisian ini, ppsspp adalah sejenis emulator yang direka oleh Henrik Rydgard untuk bermain permainan psp pada peranti anda seperti komputer, smartphone, tablet dan yang sekutu dengannya. Perisian ini adalah 100% percuma dan anda boleh 'donate' kepada developer sekiranya anda merasa diri anda seorang yang dermawan.

Buat masa ini, ppsspp hanya menyokong sistem operasi seperti
windows, linux, macosx, android, symbian, blackberry 10, dan iOS (perlu di Jailbreak terlebih dahulu).


Tekken 6 

Persona 3 Portable

Untuk bermain permainan psp dengan kualiti yang tinggi atau dalam kata lain 'In High Definition', anda disarankan untuk bermainnya pada komputer anda. Walaupun begitu, anda masih boleh bermain permainan psp pada smartphone atau tablet anda.

Buat pengetahuan anda semua, sama seperti perisian-perisian dan permainan-permainan yang lain, ppsspp ini juga memerlukan keperluan sistem yang mencukupi agar ianya dapat berfungsi dengan lancar. Bagi komputer-komputer lama atau netbook yang menggunakan 'intel intergrated graphic card', besar kemungkinan anda tidak akan dapat menggunakan ppsspp sama sekali atau paling kurang anda tidak akan dapat bermainnya dengan lancar. Bagi android pula, anda memerlukan peranti yang mempunyai spesifikasi yang tinggi bagi bermain permainan psp dengan lancar.

Sebelum anda terlupa, ingin saya ingatkan yang anda juga memerlukan permainan psp untuk menggunakan aplikasi ini. Anda boleh mencarinya di google. Taip sahaja 'free download psp games'.

Bagi sebarang pertanyaan, silakan tinggal komen anda di bawah.

Untuk memuat turun aplikasi ini, klik PPSSPP.



Comments
5 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

5 comments:

  1. Nice Info http://rentalsewalaptopsurabaya.blogspot.co.id/

    ReplyDelete

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.