Sunday, March 31, 2013

Home » , , , , , , , , , » Windows 7 vs Windows 8. Mana Lagi 'POWER' ?

Windows 7 vs Windows 8. Mana Lagi 'POWER' ?



Windows 8 dikeluarkan pada 26 oktober 2012. Dalam masa 5 bulan, Windows 8 telah menarik perhatian banyak pihak. Dalam tempoh itu juga, banyak yang diperkatakan mengenai Windows 8. Banyak desas-desus memperkatakan kelebihan Windows 8 dan tidak kurang juga keburukannya. Salah satu ciri baru dalam Windows 8 yang hangat diperkataan antaranya ialah antara muka baru tanpa 'windows shell'. 

Windows shell terdiri daripada:
Start Button - digantikan dengan screen hotspot
Start Menu - digantikan dengan start screen
Windows Desktop Gadgets


Di bawah ini adalah perbandingan keputusan-keputusan ujian yang dijalankan bagi menentu tahap kelajuan dan pretasi diantara Windows 7 dan Windows 8.

1. Masa Permulaan (Startup Time)

Windows 8 bermula lebih laju dari Windows 7 dengan perbezaan 9 saat.

2. Masa Ditutup (Shutdown Time)

Windows 8 ditutup lebih laju dari Windows 7 dengan perbezaan 4 saat.

3. Bangun Dari Tidur LOL ☜(ˆ▽ˆ) (Wake-up From Sleep)

Dengan perbezaan 3 saat, Windows 8 bangun sedikit laju berbanding Windows 7.

4. Pretasi Grafik 3D

3Dmark 11 adalah merupakan satu perisian untuk mengukur pretasi grafik 3D. Di sini kita dapat lihat tiada perbezaan yang ketara dimana Windows 7 yang lebih matang mempunyai markah sedikit tinggi berbanding Windows 8 yang baru lahir.

5. Prestasi Multimedia

Pretasi multimedia merupakan salah satu ciri kuat Windows 8 di mana ianya 9% lebih laju dari Windows7.

6. Microsoft Excel

Apa yang kita dapat lihat di sini ialah masa yang diambil oleh Windows 8 untuk membuka aplikasi Microsoft Excel adalah lebih pantas berbanding Windows 7 lebih-lebih lagi sekiranya menggunakan aplikasi baru Microsoft Excel 2013. Ini menunjukkan Windows 8 lebih cekap dalam penggunaan kitaran cpu bagi memberi manfaat kepada simulasi.
 
7. Pemindahan Pelbagai Data Fail Besar Bersama

Windows 8 memperketengahkan ciri antara muka explorer baru untuk pemindahan fail yang mana menyediakan data yang lebih tepat pada kelajuan pemindahan dan anggaran masa untuk selesai. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan ketara di mana Windows 8 sedikit laju berbanding Windows 7.

8. Permindahan Pelbagai Data Fail Kecil Bersama

Apabila memindahkan beribu fail bersaiz kecil, Windows 7 and Windows 8 menawarkan prestasi yang sama.

9. Pelayar Internet 

Seperti yang anda dapat lihat, Google Chrome lebih bagus berbanding Mozilla Firefox dan penggunaan kedua-dua pelayar internet menunjukkan prestasi yang lebih laju pada Windows 8 berbanding Windows 7.

10. Pretasi Permainan (Gaming Performance)

Melihat prestasi permainan Battlefield 3, dapat diperhatikan bahawa kedua-dua sistem operasi menyediakan prestasi yang sama dengan kelebihan yang sangat sedikit pada Windows 7.

Just Cause 2 berjalan hanya sedikit lebih cepat pada Windows 7 daripada Windows 8 untuk kedua-dua resolusi 1680 × 1050 dan 1920 × 1200. Tiada perbezaan ketara diantara dua operasi sistem ini. Seperti ujian 3DMark yang dijalankan sebelum ini, pretasi permainan bergantung kepada graphic drivers lebih daripada apa-apa lagi.

Kesimpulannya:
Windows 8 menjanjikan satu kelainan yang agak bagus pada masa akan datang. Ini kerana pada masa ini, Windows 8 setanding dengan Windows 7 malah lebih pantas dalam beberapa aspek seperti yang dibincangkan di atas. Walaupun begitu, Windows 8 agak perlahan dalam aspek prestasi permainan dan grafik 3D kerana graphic driver yang belum cukup matang berbanding Windows 7.

Mampukah Windows 8 mengalahkan Windows 7 yang sudah pun menjadi pilihan banyak pihak?  Terpulang kepada anda untuk tentukan.



Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.