Friday, May 4, 2012

Home » , , , , , , , , , , , , , , » Sekat Laman Web Dengan Menggunakan Router Di Rumah Anda

Sekat Laman Web Dengan Menggunakan Router Di Rumah Anda



Tidak perlukan perisian apa-apa, hanya perlukan sambungan ke router rumah anda sahaja. Ok buat pengetahuan anda semua, saya merupakan pelanggan streamyx. Jadi saya menggunakan router yang diberi oleh pihak tm iaitu innacomm w3400v.

Jangan risau sekiranya router di rumah anda berlainan dengan router saya kerana hampir semua router yang dibekalkan oleh pihak tm, boleh menggunakan langkah ini walaupun antara muka pengguna dia agak berlainan sedikit. Anda hanya cuma perlu mencari 'keyword' penting sahaja.

1) Buka apa-apa pelayar seperti firefox, google chrome atau internet explorer. Taip 192.168.1.1 dibahagian url dan tekan enter. Kepada pengguna-pengguna router yang lain, anda mungkin perlu terlebih dahulu menyambung komputer anda kepada router dengan menggunakan cable internet.


Modem Username : tmadmin
Modem Password : tmadmin

ataupun

Modem Username : tmadmin
Modem Password : tmbusiness

2) Klik pada Advanced Setup  > Security > Parental Control > URL Blocking



3) Pilih Exclude dan klik Add



4) Letakkan url laman web yang anda ingin sekat. Contoh laman web youtube. Ambil url youtube [ http://www.youtube.com ] ataupun  [ http://www.youtube.com/ ]. Port Number letakkan nilai 80. Pilih hari yang anda ingin sekat. Contohnya hari sabtu dan ahad. Klik Save/Apply. 




5) Selalunya saya akan skip bahagian ini tetapi sekiranya laman web yang anda ingin sekat itu masih boleh dibuka, klik Management > Reboot dan klik pada Reboot. Selepas itu tunggu beberapa minit bagi mengaktifkan semula router anda.



Sekarang, cuba buka laman web youtube. Ya, lama web tersebut telah pun disekat. 


Kalau anda ingin buka semula laman web youtube, ikut langkah yang sama dan klik pada url tersebut dan klik Remove.
Kepada pengguna selain router di atas, anda boleh cuba 'explore' router anda dan cuba mencari kata kunci seperti security, advanced setup, option, wireless dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.