Friday, April 27, 2012

Home » Bagaimana untuk membuang fail hibernasi(delete hibernation file)

Bagaimana untuk membuang fail hibernasi(delete hibernation file)



Fail hibernasi dipanggil hiberfil.sys dan ianya terletak di akar pemacu sistem. Fail hibernasi ini merupakan sistem fail yang menulis kandungan memori fizikal apabila komputer berada dalam keadaan hibernasi. Saiz fail hibernasi selalunya merupakan saiz memori fizikal dan jika anda tidak menggunakan fail hibernasi, anda boleh mendapatkan kembali beberapa GB.

Anda boleh menggunakan 'power option' di control panel untuk mematikan 'hibernation'. Bagaimanapun fail hibernasi tetap kekal. Untuk tidak mengaktifkan hibernasi dan membuang fail hibernasi, ikut cara-cara di bawah:

  1. Buka command prompt sebagai administrator.
  2. Taip arahan berikut:-
powercfg -h off           (dan tekan enter)
Sekiranya anda mahu untuk mengaktifkan kembali fail hibernasi, hanya perlu menaip:-
powercfg -h on

No comments:

Post a Comment

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.