Jika anda pengguna Windows 7, anda mungkin sudah biasa dengan fungsi "AeroShake", ciri yang membolehkan anda mengecilkan kesemua windows kecuali window yang digunakan oleh anda dengan hanya menggunakan getaran tetikus yang mudah(simple mouse shake).
Ciri ini sebenarnya memudahkan anda, tetapi sekiranya anda tidak menyukainya, tutorial berikut dapat membantu anda.
1. Taip gpedit.msc di 'run' atau 'Startmenu Searchbox' dan tekan enter. Ianya akan membuka Group Policy Editor.
2. Sekarang pergi ke:
User Configuration -> Administrative Templates -> Desktop
3. Dalam anak tetingkap bahagian kanan, double-klik pada "Turn off Aero Shake window minimizing mouse gesture" dan tukarkan nilai kepada "Enabled".
4. Itu sahaja. Ia akan segera menyah-aktifkan "AeroShake" dalam sistem komputer anda.
No comments:
Post a Comment