Monday, April 30, 2012

Home » , , , , , , » Panduan Ringkas Bagaimana Untuk masuk "Safe Mode" Dalam Windows Seven

Panduan Ringkas Bagaimana Untuk masuk "Safe Mode" Dalam Windows Seven



Apa fungsinya "Safe Mode" ini? Apabila anda membuka komputer anda dalam "Safe Mode", ia boleh membantu anda mengenalpasti & menyelesaikan banyak isu berkenaan sistem operasi windows anda, terutamanya apabila anda mempunyai isu-isu dengan program,perisian ​driver atau apabila komputer anda disyaki dijangkiti malware atau virus.

Banyak cara untuk memasuki "safe mode" iaitu sama ada masa mula-mula anda ingin membuka komputer atau sekiranya anda sudah masuk windows, anda boleh restart semula windows anda.

Ok. Bahagian yang paling penting sekali. Pastikan anda memberi tumpuan perhatian yang sepenuhnya.

Sejurus sebelum skrin percikan Windows(Windows splash screen) muncul, anda akan perlu tekan kekunci F8 bagi memasuki pilihan boot(Advanced Boot Options), tetapi apabila menekan kekunci F8, anda mungkin akan perlu menekan beberapa kali dengan cepat supaya anda tidak memasuki mode windows yang biasa, jika tidak anda perlu lakukan sekali lagi.

windows 7 splash screen(windows 7 boot screen) 

Anda akan melihat skrin baru yang dikenali sebagai "Advanced Boot Options".



Antara pilihan-pilihan yang akan dipaparkan dalam "safe mode" adalah seperti berikut;

Safe Mode > mod ini hanya akan memuatkan proses minimum yang diperlukan untuk memulakan Windows sahaja. 

Safe Mode with Networking > sama seperti safe mode tetapi termasuk fungsi network dalam Windows. Pilih option ini sekiranya anda perlu menggunakan internet.

Safe Mode with Command Prompt > mod ini juga hanya memuatkan proses yang minimum dan dibenarkan  untuk mengakses command prompt. Pilihan ini untuk menyelesaikan masalah yang lebih rumit lagi atau sekiranya diperlukan sahaja.

Dengan menggunakan kekunci anak panah pada keyboard anda, pilih option yang anda perlukan.

Sekarang anda akan lihat windows memuatkan fail yang diperlukan. Sebaik sahaja semua fail telah dimuatkan, anda masih perlu log masuk ke windows seperti biasa.

Diharap panduan ini sedikit sebanyak membantu anda.


Comments
2 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

2 comments:

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.