Friday, April 27, 2012

Home » Melanjutkan tempoh percubaan 30 hari kepada 120 hari(Windows 7)

Melanjutkan tempoh percubaan 30 hari kepada 120 hari(Windows 7)



Bagi kepada sesiapa yang tidak mempunyai kunci produk windows 7, sekiranya anda mahu melanjutkan tempoh percubaan(trial) secara sah, anda boleh melakukan cara ini di mana anda boleh mendapat tempoh 120 hari jika dilakukan dengan betul. Ini akan membantu mereka yang tidak mempunyai kunci produk.



1. Jika anda tidak mempunyai kunci produk, install Windows 7 tanpanya.

2. Anda akan mempunyai tempoh 30 hari untuk percubaan.

3. Apabila tempoh percubaan anda hampir tamat(tinggal dalam 2 atau 3 hari), lakukan arahan di bawah.

4. Buka Command Prompt sebagai administrator dan taipkan perkataan berikut dan tekan enter.
slmgr -rearm
5. Restart windows anda.
6. Ini akan menetapkan semula percubaan windows 7 kepada 30 hari. Microsoft membenarkan anda untuk melakukan ini sebanyak 3 kali dan jika anda melakukannya dengan bijak, anda akan mempunyai kira-kira 120 hari percuma untuk Windows 7.
* Anda perlu ingat yang anda hanya boleh melakukannya 3 kali sahaja *

Jangan risau, cara ini adalah sah dan sangat berguna kepada mereka yang tidak mempunyai duit untuk membeli produk windows 7. Bagi kepada sesiapa yang 'bijak', masa 120 hari itu anda boleh mencari cara penyelesaian lain seperti *erm..erm* atau pun bekerja mengumpulkan duit untuk membeli produk windows 7.


No comments:

Post a Comment

Sebarang 'copy-paste' mana-mana artikel di dalam blog ini adalah dibenarkan dengan syarat disertakan dengan kredit dan di"link"kan dengan url artiket tersebut. Harap maklum.