Ok. Jom kita bercakap macam mana nak tingkatkan prestasi windows dengan cara yang mudah dan tidak perlu untuk membayar walau sesen pun. Ya, banyak link mengenai tutorial ini di luar sana. Tetapi tidak salah sekiranya saya ingin berkongsi dengan anda semua. Lagi pun masih terdapat sesetengah dari anda ambil remeh atau tidak tahu tentang tutorial ini. Tutorial ini saya olahkan agar bersesuaian dengan citarasa rakyat malaysia dan disertakan dengan gambar-gambar. Jangan risau, semua langkah-langkah di bawah sudah saya lakukan dan ianya memang berkesan.
Tips ini amat berguna kepada anda yang mengalami masalah kelembapan sistem dan kepada pengguna-pengguna netbook semua. Kepada kaki 'gaming' anda juga boleh mencuba tutorial ini bagi melancarkan permainan anda.
Jadi apa yang perlu kita lakukan???
Mari kita mulakan dengan perkara yang asas terlebih dahulu.
1) Buang atau uninstall perisian yang tidak berguna(crapware) - Selalunya apabila anda membeli komputer baru, banyak perisian yang diinstall dalam komputer tersebut. Bagi saya, kebanyakan perisian tersebut sebenarnya tidak banyak membantu anda pun. Lagi-lagi, anda langsung tidak tahu menggunakan perisian tersebut. Jadi uninstall sahaja perisian yang anda yakin anda tidak menggunakannya.
Pergi ke Start > Control Panel > dan bawah dari 'Programs' klik pada 'Uninstall a Program'
2) Hentikan program permulaan yang tidak diperlukan(Remove Unnecessary Startup Programs) - Anda mungkin tidak tahu bahawa salah satu sebab mengapa komputer anda selalu 'hang' ketika masuk ke windows (logon), adalah disebabkan banyaknya "startup program".
Pergi ke Start dan taip msconfig dan tekan enter...
3) Kurangkan penggunaan visual tambahan(Visual Enhancements/Visual Effect) - Kepada anda yang menggunakan netbook atau komputer yang mempunyai spesifikasi rendah, adalah amat digalakkan untuk tidak menggunakan langsung fungsi ini. Ya, saya mengakui bahawa fungsi ini membuatkan windows kita bertambah menarik tetapi tahukan anda apabila anda menggunakan fungsi ini, ia menggunakan banyak sumber kuasa cpu komputer anda.
Pergi ke Start > klik kanan pada komputer dan pilih Properties > Klik pada Advanced System Propertiesdan anda akan melihat tertingkap baru terpapar dan pilih
Advanced > bawah Performance pilih Settings
Cadangan saya untuk komputer berspesifikasi rendah adalah seperti berikut:
Uncheck semua dan hanya tik tiga di bawah sahaja.
4) Nyah-aktif perkhidmatan yang tidak diperlukan(Disable Unnecessary Services) - Kebanyakan "services" ini diperlukan oleh windows untuk berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa "services" yang kita tidak guna. Jadi tidak salah untuk kita nyah-aktifkan. Tetapi sekiranya anda merasa ragu-ragu untuk menyah-aktifkan "unnecessary services", saya syorkan anda abaikan cara ini atau sekiranya anda berdegil juga, anda boleh rujuk link ini untuk senarai-senarai "unnecessary services".
Pergi ke Start > taip ‘services.msc‘ dan tekan enter...
5) Gunakan fungsi "ReadyBoost" - Ok satu lagi cara terbaik untuk meningkatkan prestasi adalah ReadyBoost, windows telah memberikan satu cara yang anda boleh gunakan dengan adanya USB Flash Drive atau kad memori Flash.
Syarat-syarat asas untuk menggunakan fungsi ini:
- Pastikan ada mempunyai flash drive, pendrive atau apa-apa usb drive (USB 2.0 compatibility).
- Komputer anda menyokong USB 2.0 dan ke atas.
- Kapasiti usb drive anda hendaklah sekurang-kurangnya 256mb ke atas.
- Windows Vista membenarkan hanya kurang daripada 4GB memori untuk ReadyBoost, tetapi Windows 7 membolehkan sehingga lapan peranti bagi maksimum 256 GB memori tambahan.
Apa yang perlu anda lakukan untuk menggunakan fungsi ini:
- Masukkan usb drive anda ke usb port komputer anda.
- Klik pada Computer > Klik kanan pada USB Flash Drive atau Flash memory card dan klik pada Properties kemudian pergi ke tab ReadyBoost.
Mana-mana kapasiti yang diperuntukkan untuk digunakan oleh ReadyBoost tidak akan boleh digunakan untuk menyimpan fail dalam peranti ini.
6) Bersihkan windows anda dengan 'Clean Manager' - anda boleh membersihkan fail-fail lama yang tidak diperlukan. Dengan cara ini dapat mengosongkan ruang dan meningkat prestasi sistem windows.
Klik pada Start Button > taip CleanMgr dan tekan Enter
7) Laraskan Tetapan Kuasa(Adjust Power Settings) - Ini merupakan satu cara yang wajib anda lakukan untuk meningkatkan prestasi dengan menetapkan kuasa anda ke pilihan Prestasi Tinggi. Cara ini paling mudah untuk dilakukan.
Pergi ke Start > Control Panel > Hardware and Sounds > Power Options
8) Hentikan penggunaan "Sidebar" - Ok "sidebar". Ermm.. memang ciri yang menarik dan bermanfaat seperti jam, reminder dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sama seperti "visual effect", ia menggunakan banyak sumber kuasa cpu komputer anda. Terpulang kepada anda untuk mengunakannya atau tidak.
Windows Vista
Windows 7Klik kanan pada Sidebar dan pilih Properties.Sekarang, jangan tik pada check box Start the Sidebar apabila Windows Starts.
Pergi ke Start > Control Panel > Programs
Bawah daripada Programs and Features > Turn Windows features on or off
9) Hentikan Pencarian Perindeksan Windows(Disable Windows Search Indexing) - "Windows Search Indexing" mengimbas fail-fail dan merekod maklumat-maklumat dalam sistem dan disimpan dalam fail indeks bagi memudahkan anda untuk melakukan pencarian. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah orang tidak menggunakannya dan perkhidmataan ini juga dikatakan menggunakan sumber kuasa cpu yang banyak.
Pergi ke Start > Control Panel > ProgramsBawah daripada Programs and Features > Turn Windows features on or off
Ok. Buat pengetahun anda, tutorial ini akan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan semasa. Saya tahu banyak perisian di luar sana yang dapat meningkat prestasi windows anda. Tetapi buat tutorial kali ini saya menggunakan perisian yang memang ada dalam windows bagi memudahkan anda. Mungkin dalam post yang akan datang saya berkongsi dengan anda bagaimana unuk meningkatkan prestasi windows dengan menggunakan perisian percuma di internet.
Diharap tutorial ini dapat membantu anda ^^, Sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan komen di bawah.
Diharap tutorial ini dapat membantu anda ^^, Sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan komen di bawah.
Survivors move back with passion and joy? thank you for presenting the information once creative
ReplyDeleteObat Alami Penyakit Bronkitis Paling Ampuh
Pengobatan Alternatif Usus Buntu Secara Tradisional
Obat Alami Penyakit Keloid Paling Ampuh
Pengobatan Alternatif Kista Ginjal Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Pasca Operasi Atau Kemoterapi